Ini Kisahku ♥
_________________________
Galaxy Of...



)


my world. my galaxy. my rules.

Credit!
Give a big clap !



Thank You For This Blogskin
Template : Afiqah Syazwani
Edit By : Amirah Hanim
Icon from : [7th Disorder!]
Image from : We♥it



Cerita Tentang Seorang Sahabat
Tuesday, 27 November 2012, 0

Seorang sahabat saya, duduk disebelah saya, katanya.... "awak, semalam, saya mimpi....". "Oh, okey....so?" saya melayan dia seperti mahu tidak mahu. Saya perasan, riak wajahnya berubah setelah saya melayannya sedemikian. Namun, saya merasakan, apa yang akan diceritakannya hanya sekadar mimpi biasa. Tapi, sangkaan saya melesat. Dia berkata, bahawa dia bermimpi yang dia akan pergi....pergi buat selamanya. Saya  berkata padanya, "ish, relaks.... mimpi je...bukan betol, pon...". Dia memandang saya, saya yang berasa tidak selesa kerana direnung lama-lama, mula merenungnya juga. Dia melihat tepat ke dalam mata saya. Pandangan itu, seakan-akan ingin memberitahu saya, yang dia serius, dia seperti meminta belas kasihan dari saya. Hati saya mula berdegup kencang. Saya kelu.

Setelah mengalihkan pandangannya dari muka saya, dia memandang ke langit sambil berkata kepada saya, "andai hari ini adalah hari terakhir kita bersama, apa yang awak nak buat dengan saya?". "erm....? hari terakhir..? awak nak pindah, ke?" saya bertanya. "tak, erm.... okey, andaikan....esok saya akan pindah. Pindah jauh, jauh dari sini. Dan kita takkan jumpa sampai bila-bila...." begitulah katanya. " Ouh, saya akan habiskan masa bersama awak. Erm... Kita akan pergi jalan-jalan, main....dan banyak lagi..!!! Kita berdua jer...." saya berkata dengan bersungguh-sungguh. "erm.. kalau camtu, jom kita pergi buat semua yang awak cakap tadi.....Jomlah.....!! " dia sudah menarik tangan saya. Kami mengayuh basikal masing-masing, mengelilingi kampung. Selepas itu, kami pergi ke sungai, memancing bersama. Saya pelik melihat dia berkelakuan sebegitu. Namun, saya buang perasaan hairan itu, jauh-jauh. Sebabnya, saya tak nak pening-pening kepala semata-mata nak fikir pasal hal itu. 

Setelah seharian kami menghabiskan waktu bersama, saya berasa sungguh penat. Wajah sahabat saya yang tadinya masam, kini kelihatan agak ceria sedikit. Menyedari hari sudah lewat petang, kami membuat keputusan untuk pulang. Malam itu, kami bertemu semula dimasjid. Kami sudah janji untuk solat maghrib dan isyak berjemaah dimasjid itu. Saya dan dia yang masih remaja, memilih untuk solat di-saf belakang. Setelah menunaikan solat, kami pulang ke rumah. 

Malam itu, sewaktu saya ingin melelapkan mata, saya tiba-tiba teringatkan dia. Hati saya berkata, ada sesuatu yang buruk menimpa sahabat saya itu. Saya betul-betul tidak sedap hati. Lantas, saya mencapai telefon bimbit saya yang berada diatas meja. Saya segera menelefon sahabat. Tetapi, yang mengangkatnya adalah ibunya. Hati saya bedegup kencang. Kata ibunya, dia sudah tiada, dia kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid. Ya tuhanku.....!! hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati saya pada waktu itu. Saya menyesal kerana tidak melayannya dengan baik pada petang tadi. Saya telah kehilangan seorang sahabat yang sangat rapat dengan saya. Saya betul-betul tak sangka...........

Kisah yang diceritakan oleh seorang kawan..... Kesimpulannya MORAL OF THE STORY IS, hargailah setiap masa apabila kita bersama dengan orang tersayang....kerana kita takkan pernah tahu, bila dia akan pergi meninggalkan kita.... :) 


<--Older Post | Newer Post-->