![]() |
|
Galaxy Of... ![]() Credit!
Give a big clap ! Template : Afiqah Syazwani Edit By : Amirah Hanim Icon from : [7th Disorder!] Image from : We♥it
|
Cinta Al-quran
Monday, 24 March 2014, 0
Baru sahaja aku ingin mencapai al-quran, sudah terdengar ibu ku didapur memanggil ku. Hajat untuk menghafal al-quran, aku biarkan... Lantas, aku ke dapur dan menolong ibu ku.
Oleh kerana, peluang untuk menghafal dirumah amat tipis, aku cuba menghafal di sekolah... namun, apabila ku cuba menghafal, datang pula kawan-kawanku, mengajak aku berbual. Apakan daya, aku memang jenis yang tak boleh cakap 'tidak' pada kawanku. Arh !! Aku diganggu lagi !! Aku cuba lagi, lepas berbual. Baru sahaja aku membaca basmallah ! kawanku menegur "amboi, rajinnya! rileks laa, hari ni ustaz tak datang....jom main?" Setelah berfikir beberapa kali..Aku akur lagi ! Diletaknya Quran diatas meja. Sememangnya aku selalu kalah dengan godaan syaitan dan nafsu. Ditambah pula dengan ajakan kawanku seperti pucuk dicita ulam mendatang.
Beginilah aku ! Sejak dari sekolah rendah lagi, aku memang sayang akan rakanku, sehinggakan aku tidak berani katakan 'tidak' pada mereka. Arh !! bodohnya....
O ALLAH ! PLEASE GUIDE ME !
|