Ini Kisahku ♥
_________________________
Galaxy Of...



)


my world. my galaxy. my rules.

Credit!
Give a big clap !



Thank You For This Blogskin
Template : Afiqah Syazwani
Edit By : Amirah Hanim
Icon from : [7th Disorder!]
Image from : We♥it



Ungkapan Cinta
Monday, 24 March 2014, 0

Betapa mudahnya seseorang itu melafazkan perkataan cinta pada seseorang... Baru dua tiga minggu berkenalan, dah jatuh cinta. Katanya, cinta pandang pertama. Ialah tu...

Kawan-kawan aku selalu bertanya, "eh, kau tak rasa nak bercouple ke? takde laa, aku tengok kau ni pon boleh tahan...hahhaha"

Sebenarnya, memang tak dapat aku nafikan, yang aku memang nak sangat bercinta. Bukankah fitrah bagi setiap manusia untuk ada perasaan kasih sayang? Kalau seseorang itu tiada fitrah kasih sayang ini, maknanya dia tu tak cukup sesuatu lah kan ?? Bukan sekali dua, aku ditegur oleh lelaki di facebook, mahupun di twitter, mesej rambang dan sebagainyaa. Kononnya nak berkenalanlah, kata aku, boleh saja kalau nak berkenalan. Tetapi, lepas dua tiga hari, mulalah soalan peliknya tu... Contohnya, "awak nk ehem dgn sy tak?"
atau "awak tak bosan ke takde raja dihati?" ewah !! ayat jiwang tuh !! Hurmmm... macam-macam lah.
Lepas je lelaki-lelaki tu tanya soalan macam ni, aku terus tak layan mereka. Manakan tidak, kita baru berkenalan beberapa hari. Umur pun, baru berapa?


Hahaha.... Bukannya tujuan aku menulis ini, bermaksud aku berlagak kerana dapat menolak pelawaan lelaki itu. Namun, bagiku, sekarang bukan masanya untuk bercintan-cintun. Haha, cukuplah Allah, Rasulullah, Ibu, Bapa, Keluarga, Sahabat buat masa ini... Aku masih belum bersedia untuk kecewa. Aku masih belum bersedia untuk membuang masa bersama lelaki yang belum pasti akan menaiki takhta dihatiku.



Ya Allah,
Engkau lindungilah aku dari segala godaan,
Godaan syaitan, godaan nafsu mahupun godaan lelaki Ya Rabbku...

Aminnn...... 

<--Older Post | Newer Post-->