Ini Kisahku ♥
_________________________
Galaxy Of...



)


my world. my galaxy. my rules.

Credit!
Give a big clap !



Thank You For This Blogskin
Template : Afiqah Syazwani
Edit By : Amirah Hanim
Icon from : [7th Disorder!]
Image from : We♥it



Hari Ibu
Friday, 16 May 2014, 0

Kata orang, kita tak boleh hargai seseorang itu, cuma pada hari istimewanya sahaja. Sebaliknya, kita kena hargai mereka pada setiap hari. Tapi, bagiku elok juga rasanya jika ada satu hari dimana kita boleh 'celebrate'..... in our own way, dan sudah pastilah, tidak melalaikan kita dari tujuan sebenar. Jika ia boleh melalaikan kita teruklah jadinya, bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

28 Oktober 1998. Tanggal itu, adalah tanggal kelahiran puteri tunggal dan bongsu bagi keluarga Pn. Zaimah dan En. Sahibol Fadzilah. Mungkin sudah takdir atau mungkin juga kebetulan, puteri mu ini dilahirkan pada tarikh yang sama dengan tarikh perkahwinan kalian. Apapun, mak..... terima kasih kerana telah melahirkan saya kedunia ni. Maafkan saya atas segala yang saya lakukan dimasa lalu mahupun pada masa akan datang (bukan maksud saya nak buat salah pada masa depan, tapi... sbg insan biasa, kita kan tak boleh lari dari buat salah?). Mak, walaupun kita jarang bercakap, dan tak serapat dulu, namun sedikit pun kasih sayangku padamu tidak pudar. Saya sayang Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, mak, mak, mak, dan ayah saya. 
 





<--Older Post | Newer Post-->