Ini Kisahku ♥
_________________________
Galaxy Of...



)


my world. my galaxy. my rules.

Credit!
Give a big clap !



Thank You For This Blogskin
Template : Afiqah Syazwani
Edit By : Amirah Hanim
Icon from : [7th Disorder!]
Image from : We♥it



Istimewanya Bersahabat Kerana ALLAH
Tuesday, 20 May 2014, 0

Sepertimana kita semua mengetahui bahawa lengkapannya hidup seseorang itu adalah kerana sahabat yang mereka punyai. Banyak perkataan yang boleh kita gunakan untuk merujuk kepada persahabatan iaitu, kawan, rakan, teman dan sahabat. Meskipun perkataan ini merujuk kepada satu makna, iaitu mereka yang kita kenal dan sentiasa ada dengan kita, namun bagiku, setiap perkataan tadi membawa makna yang berbeza.

Kawan, rakan dan teman adalah mereka yang sentiasa bersama kita dikala kita sedang gembira. Tapi, setakat itu sahajalah ertinya. Mereka juga boleh dikatakan, hanya berteman dengan kita kerana keistimewaan kita. Contohnya, ada yang hanya berkawan dengan kita kerana pangkat, darjat, rupa paras kita. Oleh itu, bagiku tiada apa yang indah dan hebat tentang mereka yang bergelar kawan, teman atau rakan. Adapun mereka cuma berteman dengan kita kerana ingin mendapat tempias (yang baik sahaja). Namun, jika kita mempunyai masalah mereka langsung tidak mengendahkan kita. Bahkan, berpura-pura tidak mengenali kita apabila kita memerlukan (susah).
Jadi, jelaslah mereka berkawan dengan kita bukan kerana Allah.


Namun, lain pula maksud perkataan sahabat. Pada aku, sahabat membawa erti tersendiri yang indah. Sahabat adalah mereka yang mendampingi kita kerana Allah. Istimewanya Bersahabat Kerana ALLAH pula adalah kerana apabila kita berurusan akan sesuatu hal dengan nawaitu kerana-Nya segala akan menjadi baik. Sahabat bukan sahaja sentiasa ada bersama kita diwaktu senang, bahkan mereka sentiasa menjadi cahaya yang terang dan indah dikala kita sedang bersedih. Maka, cahaya yang ada dengan mereka itulah yang dapat membuat kita ceria kembali. Sahabat yang baik juga akan sentiasa mengambil berat akan sahabatnya.
Tetapi, untuk mecari seseorang yang bersahabat dengan kita kerana Allah bukannya senang. Bahkan, satu dalam seribu pun mustahil.

"sahabat yang baik akan membuatkan kita teringat akan ALLAH disaat kita mengingatinya"





<--Older Post | Newer Post-->