Ini Kisahku ♥
_________________________
Galaxy Of...



)


my world. my galaxy. my rules.

Credit!
Give a big clap !



Thank You For This Blogskin
Template : Afiqah Syazwani
Edit By : Amirah Hanim
Icon from : [7th Disorder!]
Image from : We♥it



Menjelang Syawal !
Tuesday 29 July 2014, 0

Hari ini: Hari Kedua Syawal

Hooray ! Tiba sudah hari kemenangan bagi semua umat islam di Malaysia dan yang sewaktu dengannya ! Walaupun sedih kerana berlalunya bulan Ramadhan yang dicintai, tetapi, hari kemenangan tetap disambut dengan meriah. Meskipun tidak semeriah tahun-tahun yang sebelumnya.... HHmmm




ni gambar syawal yang pertama. 1/4 daripada keluarga besar aku !




#ACPA

Malam raya, aku tolong Mak aku letak kuih raya dalam balang. Kemas rumah sikit-sikit.... Lepas tu aku cabut !! haha.... Aku pergi main bunga api dengan sedara mara aku kat luar. Main punya main.... Last-Last dah pukul 11 malam atau 12 malam.... Sepupu aku yang duduk kat PD pun sampai.... Aku ingatkan, tahun ni, sedara mara yang dekat je balik.... Rupanya Ayah Teh aku yang duk kat PD pun balik jugak... Alhamdulillah ! Ada jugak orang... Meriah sikit.... Bak kata pepatah 'The more, The merrier'.... tak gitu??? haha... Lepas habis main, aku masuk rumah. Baru ingat nak tidur, pastu nampak pulak baju-baju abang-abang aku, mak aku, ayah aku.... hmmm macam biasalah, tiap-tiap tahun, kena jadi 'penggosok baju tak bertauliah dan tak bergaji' huhu

Bangun pagi, dengar takbir raya..... aku duduk tersenyum. "Ya Allah, Syawal dah tiba.... Terima kasih Ya Rabb"..... Lepas sembahyang raya (aku tak pergi), semua keluar rumah, makan sama-sama... Mak aku pasang radio kuat-kuat. Maka berkumandanglah segala lagu raya.....

Main-main. Aku tengok baju raya kau, Kau tengok baju raya aku. Puji memuji. Ketawa. Semua orang nampak cantik dan gembira. 

Tapi dalam gelak ketawa kitorang tu, ada yang sakit hati, terutamanya perempuan. Pagi-pagi dah nak mengamuk. Mana taknya !! Belit situ, belit sini. Tak Jadi jadi.... Apebende ???? T.U.D.U.N.G paham??? TUDUNG... tudung. Masalah bebenor ! Aku paling benci part ni. Menyakitkan hati betul. Kita nak nampak cantik pagi raya. Si tudung pulak buat hal. hhhaiiisshhhhh...................... -____-

Lepas semua dah ready. Dah cantik dengan baju kurung baju melayu tudung and so on... Bermulalah adat melayu. Iaitu bersalaman digari raya. "selamat hari raya maaf zahir batin"..... tu lah ayat yang biasa kita dengar pagi raya. Pukul 11pagi, aku, keluarga aku pergi rumah Tok Wan aku kat Binjai, kira-kira 10km dari rumah aku. Aku ajak 3 orang sepupu aku ikut aku pergi sana. makan, cakap, salam, cakap...balik... pukul 12.30 sampai kat rumah aku balik... 

Lepas tu, datanglah kawan-kawan mak aku.... Aku cepat-cepat lari, sebab malas nak menyibuk kat orang-orang tua...hahaha..... 

dan semestinya, pada zaman yang serba canggih ni, cewah.... haha..... penyakit gadjet bermula ! SELFIE SELFIE SELFIE..... dalam apa yang aku ingatlah, tak banyak memori lain selain dari makan, sembang, selfie.... hhmmm hari raya apa lah macam ni

Takpe lah. Sekurangnya, kita masih dapat sambut raya, kat Gaza sana pulak ???????? Syukurlah...




<--Older Post | Newer Post-->