Ini Kisahku ♥
_________________________
Galaxy Of...



)


my world. my galaxy. my rules.

Credit!
Give a big clap !



Thank You For This Blogskin
Template : Afiqah Syazwani
Edit By : Amirah Hanim
Icon from : [7th Disorder!]
Image from : We♥it



Thought 2.8.19
Thursday 1 August 2019, 0

Tahun ni aku dah 21 tahun. Cepatnya masa berlalu, last post aku kat blog ni 2015. Tapi kadang-kadang aku still jenguk blog ni, baca post lama, tukar background, & tukar header. Hari ni rasa macam nak tulis something sebab malam ni bosan sangat. Dah agak lama aku menghilang dari blog ni. Blog ni aku dah hide daripada public visitor (tapi taktaulah jadi ke tak). Somehow aku nak jadikan blog ni diari aku. Tapi pada masa yang sama, aku terfikir, kenapa nak kena buat diari? Nanti kalau baca balik post kau, kau jugak yang sedih, marah (sebab terkenang balik memori yang tak menyenangkan melalui penulisan). Aku nak tulis kat sini untuk tatapan diri sendiri, mostly random events that has occurred in my last for the past few years.

Jadi lepas habis SPM aku sambung Tingkatan 6. Sebelum SPM lagi aku dah berniat nak sambung STPM sebab ramai orang sekeliling galakkan ambik STPM. So aku ambik. Alhamdulillah lepas STPM aku berpeluang sambung pengajian ijazah di Utara, Semenanjung negara. Sekarang aku dah habis tahun pertama. Bulan September nanti aku dah mula masuk semester ketiga. 

Allah... cepat betul masa berlalu. Aku takut nak tinggalkan negeri Utara sebab aku dah mula selesa kat sana. Sejujurnya aku lebih suka duduk kat sana berbanding duduk kat Kemaman ni. Kat sana kawan ramai, ramai yang baik, tapi tak kurang juga yang selalu mencabar tahap kesabaran aku, hehe. 

Roommate aku, bukan orang Semenanjung. First day aku jumpa dia, aku nampak envelope kunci dia tertera nombor bilik aku. "Sah, dialah rumet aku!" Pada mulanya aku agak tak senang yang dia ditakdirkan jadi teman bilik aku atas beberapa faktor. Aku rasa dia tu budak baik sebab aku judge dia daripada pemakaiannya. Hehehe. Berdasarkan pemakaian dia, aku dapat rasa dia ni jenis budak baik sedangkan aku ni nakal orangnya. Jadi aku takut karakter kami yang berbeza ni akan jadi punca kami tak sekepala. Tapi lama kelamaan, dia tak sepertimana yang aku sangkakan. Budaknya banyak cakap, agak penting diri hahhaa, kadang-kadang aku tak faham dia... Mungkin sebab budaya kami berbeza. Alhamdulillah sekarang kami dah semakin rapat setelah dua semester mengenali masing-masing. Aku pun ada jugak jumpa persamaan antara kami. Hehe :) Semester-semester seterusnya makin kita kenali masing-masing ya. hahhaha....

Seterusnya, ada seorang kawan dari bilik sebelah. Budaknya tak tinggi sangat, tak langsing jugak. Orangnya baik, awalnya dia tak cakap banyak, tapi dah makin lama makin okey, dia dah start bercakap agak banyak nak dibanding dengan sebelum ni. Hehe. Berkaca mata, orangnya baik, tapi bagi aku dia agak tak prihatin. Pernah sekali, aku terasa hati dengan dia sebab dia agak tak acuh masa aku penat sampai hampir pitam, hehe. Tapi manusia mana yang perfect kecuali Rasulullah kan? Tapi apa-apapun aku sayang dia, sebab dia selalu layan aku. Aku buat perangai meng'gedik' pun dia layan je. Hehe. Dia ni pembuli jugak, suka menyakat, main fizikal, sebab tu contact number dia aku save emoji octopus hahahhaah. Hmmm dia ni matang sangat. Tapi aku nampak cara dia, usaha dia, nak blend dengan kami, dia mem'budak'kan diri dia balik hehhe. Maybe sebab dia ada ramai adik so natural sangat cara dia blend in dengan kami yang tak matang sangat ni, hahahaa.

Last but not least, dia ni roommate kepada budak yang kat perenggan atas ni. Hehe. Orangnya kecil molek jugak, tak tinggi. Masa mula-mula aku rasa dengan dialah aku paling takleh masuk. Aku pun tak tau kenapa. Tapi tak lama lepas tu kami okey, dia agak banyak cakap tak macam aku sangkakan. Dalam tiga-tiga ni aku paling rapat dengan dia. Orangnya tapi, selalu menguji kesabaran aku pada masa yang sama selalu membuatkan aku bersyukur atas nikmat kurniaan Allah. Kalau aku ada masalah, biasanya dengan dialah aku kongsi. Baik, dia ni. Ada juga beberapa hal tentang dia yang aku takleh nak hadam. Tapi apapun dia, bagi aku kena banyak lagi belajar pasal cara nak handle kawan-kawan dia agar mereka tak lari daripada dia. Aku cuba tegur salah dia, sebab aku kisah. Tapi tak semua aku boleh tegur sebab aku takut dalam masa aku berniat baik nak tegur tu, aku sakitkan hati dia, so aku pilih untuk hold dulu until I think the time is right. Dia ni jgk, bagi aku hamba Allah yang banyak diberikan ujian besar, tapi ujian-ujian tu buat dia makin kuat dan tabah. Kalau hal agama atau isu semasa dengan dialah aku selalu sembang. Kat Utara, dia ni macam bolster aku hahahhaha aku nak peluk je sebab empuk sangat hahahhahahaha.

Untuk kali ni, sampai sini je lah. Post lain nanti aku cerita pasal kawan lain pulak :')

#SimpanSini #KITA
<--Older Post